Ikan Betta warna Kuning

Ikan betta kuning kebiasaanya boleh didapati pelbagai variasi warna kuning dari warna kuning muda hingga warna tua atau gelap. Ada juga yang menyebutnya sebagai Betta Nanas (Pineapple Betta) yang merupakan warna kuning atau oren dan terdapat warna gelap pada sekitar sisiknya sehingga kelihatan serupa dengan bentuk nanas. Pembiakkan Ikan Betta berwarna kuning (solid) dikatakan sukar dihasilkan disebabkan genetiknya yang berbeza.

Dapatkan imformasi ikan Laga@Betta di >> https://t.me/ikanbettamalaysia

Ikan Betta warna Merah

Merah adalah warna biasa di dalam dunia ikan betta dan menjadi warna yang dominan pada ikan betta. Walaupun sangat biasa dilihat tetapi masih tetap menyerlah dan cantik dan masih menjadi pilihan peminat ikan betta. Kenbanyakkan warna dan corak ikan betta jenis lain juga mempunyai warna merah sebagai gabungan warna.

Dapatkan imformasi ikan Laga@Betta di >> https://t.me/ikanbettamalaysia

Ikan Betta warna Oren

Warna ikan Betta oren yang solid agak jarang dijumpai, dan biasanya berwarna tangerin terang. Warna Betta jenis ini disebut Orange Dalmatian iaitu warna oren pucat dengan oren terang. Warna oren ikan yang terang kelihatan seperti pencahayaan spektrum di dalam tangki ikan.

Dapatkan imformasi ikan Laga@Betta di >> https://t.me/ikanbettamalaysia

Ikan Betta warna hijau

Adakah terdapat ikan betta hijau? Ya, terdapat ikan betta bewarna hijau tetapi sangat sukar untuk menemui keseluruhan badannya bewarna hijau samada hijau muda atau hijau tua. Kebiasaannya, anda akan menemui ikan betta berwarna turquoise yang mempunyai kilauan logam hijau ke sisiknya dan bukannya warna asas hijau.

Keadaan ini sukar dilihat, terutama di bawah pencahayaan tertentu. Variasi hijau terang dan hijau gelap yang dapat dilihat dengan mata kasar memang wujud tetapi sangat jarang dijumpai dan dianggap sangat bernilai.

Dapatkan imformasi ikan Laga@Betta di >> https://t.me/ikanbettamalaysia

Ikan Betta Warna Coklat (chocolate)

Istilah warna coklat sebenarnya menjadi sedikit kekeliruan kerana pada asalanya istilah chocolate merujuk kepada nama strain yang melibatkan variasi warna. Ikan Betta warna coklat mempunyai badan berwarna coklat dan sirip dan ekor kuning atau oren. Ada juga yang menyebutnya dengan nama Mustard Gas kerana sirip dan ekor ikan berwarna kuning-oren yang terang.

Namun, dalam buku lain menyatakan istilah warna coklat adalah yang meliputi seluruh badan. Warna coklat gelap dan mata bersinar hitam mereka menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Post seterusnya kita akan tengok pulak apa yang dimaksudkan dengan warna Mustard Gas.

Dapatkan imformasi ikan Laga@Betta di >> https://t.me/ikanbettamalaysia

Ikan Betta Warna Tembaga (Cooper)

Ikan betta Tembaga (Cooper) kelihatan berwarna keemasan atau keperakan dalam cahaya redup. Ada juga menyatakan ikan betta berwarna tembaga kelihatan berwarna coklat dibawah cahaya yang kurang terang. Tetapi apabila anda menyalakan lampu, akan kelihatan cahaya yang berkilauan. Ikan jenis ini mempunyai sisik dan sirip logam yang sangat reflektif.

Kilauan logam ikan betta warna ini menjadikannya seperti satu pameran tembaga. Oleh itu, ikan betta ini sangat sesuai untuk dipamerkan kerana penampilannya yang unik dan menarik.

Dapatkan imformasi ikan Laga@Betta di >> https://t.me/ikanbettamalaysia

Ikan Betta Warna Biru

Pada ikan betta warna biru bukanlah disebabkan oleh pigmen, tetapi oleh bentuk sel pigmen dan sisik, dan bagaimana cahaya memantulkannya. Biasanya ikan hanya menunjukkan sedikit warna biru pada warnanya, namun ikan betta boleh menjadi warna biru yang menyerlah.

Variasi Warna ikan betta biru yang sering dijumpai adalah seperti:

1.Steel Blue – mempunyai warna biru kekelabuan (grayish blue color)
2.Royal Blue – yang mempunyai badan dan sirip bewarna biru tua dan gelap
3.Turquoise Blue – dengan warna biru yang menyerlah dan sedikit warna hijau

Warna yang paling umum adalah Steel Blue (hampir kelabu yang memberi warna sejuk kepada ikan) dan juga Royal Blue (merupakan warna yang cerah dan cantik yang menunjukkan warna biru terang).

Dapatkan imformasi ikan Laga@Betta di >> https://t.me/ikanbettamalaysia

Ikan betta warna hitam

Terdapat beberapa jenis ikan betta yang mempunyai variasi warna hitam yang berbeza, dan penampilan mereka juga berbeza. Antara variasi warna hitam adalah seperti;

Black Melano – mempunyai badan dan sirip berwarna hitam yang paling gelap. Ini kerana jenis ini mempunyai kelebihan pigmen melanin. (gambar atas)

Black Lace – ikan betta yang mempunyai badan gelap, tetapi tidak begitu terang seperti melano. Sirip mereka biasanya berwarna lain

Black Orchid – ikan betta yang mempunyai corak warna dua warna (bi color) dengan badan gelap dan sedikit warna. Sebahagiannya juga mempunyai kombinasi dengan betta bercorak marmar (marble-patterned), memberi warna metallic atau merah pada badan mereka atau di sepanjang siripnya.

Black Copper – merupakan campuran melano hitam (betina) dengan betta tembaga (copper). Keturunannya mempunyai campuran hitam dan sisik metallic.

Dapatkan imformasi ikan Laga@Betta di >> https://t.me/ikanbettamalaysia

Ikan Betta Warna Putih

Ikan Betta Putih kelihatan agak jelas jika dibandingkan dengan variasi warna yang lain kerana sepenuhnya berwarna putih. Walaupun pewarnaannya kelihatan agak kusam, jika anda memilih jenis atau bentuk ekor yang menarik, warna putih cukup menyerlah.. Anda boleh menggabungkan warna dan jenis ekor untuk mencari yang terbaik untuk anda. Ekor meleret yang berjurai panjang cukup cantik walaupun berwarna putih sepenuhnya.

Dapatkan imformasi ikan Laga@Betta di >> https://t.me/ikanbettamalaysia

Warna Ikan Betta

Seperti diketahui ikan Betta hadir dalam pelbagai warna, dari merah terang hingga hitam pekat dan juga putih tulen. Sudah tentu, bukan sahaja hanya terdapat satu warna tetapi menunjukkan beberapa kawasan pigmentasi yang berbeza.

Antara warna- warna ikan betta yang paling terkenal yang sempat saya kumpulkan adalah seperti putih, hitam, biru, coklat, hijau, ungu, kuning, merah dan banyak lagi. Artikel kali ini mengenai warna putih. Banyak lagi Contoh warna dan ikan betta akan tunjukkan pada post selajutnya.

Ikan Betta Warna Putih

Ikan Betta Putih kelihatan agak jelas jika dibandingkan dengan variasi warna yang lain kerana ia sepenuhnya berwarna putih. Walaupun pewarnaannya kelihatan agak kusam, jika anda memilih jenis atau bentuk ekor yang menarik, warna putih cukup menyerlah..Anda boleh menggabungkan warna dan jenis ekor untuk mencari yang terbaik untuk anda. Ekor meleret yang berjurai panjang cukup cantik walaupun keseluruhannya berwarna putih.

Dapatkan imformasi ikan Laga@Betta di >> https://t.me/ikanbettamalaysia