Daun Ketapang untuk ikan Laga@Betta

Daun Ketapang atau nama saintifiknya Terminalia catappa merupakan sejenis tumbuhan yang tidak asing lagi dalam industri penternakan ikan betta atau ikan laga di Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama Indian Almond Leaves. Malah, bukan sahaja di Malaysia, di mana-mana negara sekalipun, ramai penternak ikan hiasan akan menggunakan daun ketapang sebagai satu bahan penting dalam pembiakan dan penjagaan ikan betta atau ikan laga.

Pokok Ketapang banyak boleh didapati mana-mana tempat di sekitar Malaysia terutamanya di sekita kawasan pantai. Orang pada zaman dahulu menanam pokok ketapang sebagai tempat berteduh oleh sebab ketinggian dan pohonnya yang. Daun ketapang yang lebar dan pokok berbentuk kanopi rendang amat sesuai dan selesa untuk dijadikan tempat berteduh.

Apakan bahan penting yang ada pada daun ketapang?

Diketahui, daun ketapang dapat menurunkan PH air. Asid organic yang terkandung dalam daun akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Amat penting bagi ikan-ikan hiasan air tawar berada dalam keadaan air sebegini di mana ianya hampir menyerupai dengan habitat asal ikan-ikan tersebut. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium.

Cara penggunaan yang senang dan bahan yang mudah didapati memudahkan para penternak dan pemelihara ikan hiasan air tawar untuk menggunakannya. Daun ketapang juga dikatakan dapat mencantikkan warna ikan serta meransang ikan semasa spawning proses. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sejauh mana kesahihannya, saya tidak dapat pastikan.

Dapatkan lain-lain imformasi ikan Laga@Betta di >> https://t.me/ikanbettamalaysia