Ikan betta warna hitam

Terdapat beberapa jenis ikan betta yang mempunyai variasi warna hitam yang berbeza, dan penampilan mereka juga berbeza. Antara variasi warna hitam adalah seperti;

Black Melano – mempunyai badan dan sirip berwarna hitam yang paling gelap. Ini kerana jenis ini mempunyai kelebihan pigmen melanin. (gambar atas)

Black Lace – ikan betta yang mempunyai badan gelap, tetapi tidak begitu terang seperti melano. Sirip mereka biasanya berwarna lain

Black Orchid – ikan betta yang mempunyai corak warna dua warna (bi color) dengan badan gelap dan sedikit warna. Sebahagiannya juga mempunyai kombinasi dengan betta bercorak marmar (marble-patterned), memberi warna metallic atau merah pada badan mereka atau di sepanjang siripnya.

Black Copper – merupakan campuran melano hitam (betina) dengan betta tembaga (copper). Keturunannya mempunyai campuran hitam dan sisik metallic.

Dapatkan imformasi ikan Laga@Betta di >> https://t.me/ikanbettamalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *