Ikan Laga@Betta di Malaysia

Ikan laga sememangnya tidak asing lagi di kalangan rakyat kita di Malaysia. Ikan Laga turut dikenali dengan nama ikan Karin, sekila, sekilau, sepila dan kini popular dengan nama betta. Panggilan ini berbeza mengikut masyarakat setempat di Malaysia yang berbilang loghat mengikut negeri. Terkenal dengan nama ikan laga, adalah disebabkan pada suatu ketika dahulu ia digunakan sebagai hiburan dengan cara melagak-lagakan mereka.

Ikan Laga atau nama saintifiknya Betta splendens dikatakan telah diberi nama oleh Bleeker pada tahun 1850 yang diambil dari perkataan Jawa iaitu ‘Wader Bettah’. ‘Bettah’ bermaksud sifatnya yang tahan lasak. Sebagai ikan yang membina sarang buih ketika membiak ikan jantan lebih menunjukkan sifat ‘kebapaan’ yang mengawasi anaknya sehingga mampu hidup sendiri.

Dahulu, ikan laga ini hanya dimainkan oleh kanak-kanak yang biasa turun ke bendang bagi menangkap ikan-ikan laga ini. Ikan laga yang ditangkap di sawah dikenali dengan spesis imbellis yang mana mereka sangat agresif dan garang. Warna yang gelap dan metallic menarik minat pemelihara atau penangkap untuk membelanya. Sirip dan insangnya yang terbuka menggamit tarikan kepada pelaga-pelaga yang suka melihat mereka bergaduh sesama sendiri.

Kini, setelah munculnya betta splendens dan kemasukan ikan-ikan laga splendens daripada Thailand dan Indonesia telah mengembang biakkan industri show bettas di Malaysia. Kini, ikan laga hias atau betta hias semakin digemari di semua peringkat usia kerana variasi pelbagai warna yang menarik dan jenis ekor yang pelbagai bentuk dan saiz. Pelbagai pertandingan show bettas juga diadakan sama ada di dalam negara sehinggalah ke peringkat antarabangsa yang mempertaruhkan kecantikan ikan oleh pembiak dan peminat ikan laga dari seluruh dunia.

Dapatkan lain-lain imformasi ikan Laga@Betta di >> https://t.me/ikanbettamalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *