Ikan Betta Warna Coklat (chocolate)

Istilah warna coklat sebenarnya menjadi sedikit kekeliruan kerana pada asalanya istilah chocolate merujuk kepada nama strain yang melibatkan variasi warna. Ikan Betta warna coklat mempunyai badan berwarna coklat dan sirip dan ekor kuning atau oren. Ada juga yang menyebutnya dengan nama Mustard Gas kerana sirip dan ekor ikan berwarna kuning-oren yang terang.

Namun, dalam buku lain menyatakan istilah warna coklat adalah yang meliputi seluruh badan. Warna coklat gelap dan mata bersinar hitam mereka menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Post seterusnya kita akan tengok pulak apa yang dimaksudkan dengan warna Mustard Gas.

Dapatkan imformasi ikan Laga@Betta di >> https://t.me/ikanbettamalaysia